Biodata
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein berasal dari Butterworth pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Sepintas kisah hidup P.Ramlee bermula dari tahun 1939, sewaktu Ramlee di Sekolah Francis Light ketika itu merupakan Sekolah Inggeris terulung di Pulau Pinang dan masih wujud sebagai sekolah rendah kebangsaan pada masa kini. Di sinilah minatnya dalam bidang muzik serta nyanyian dan lakonan mula kelihatan. Ramlee belajar di Sekolah Francis Light ini sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.
Semasa penjajahan Jepun, sepertimana penduduk Pulau Pinang yang lain, hidup di bawah tentera Jepun bukanlah mudah. Pada peringkat awalnya Ramlee ikut bekerja menjadi peon di Eastern Smelting di tempat bapanya bekerja dan menjadi jurubahasa sambilan kepada majikannya. Kerana bimbang ditangkap dan dihantar sebagai buruh keretapi maut, Ramlee mengambil keputusan menyertai Sekolah Tentera Laut Jepun yang dinamakan Kaigun Gakko.
Di sekolah ini bukan sahaja dapat menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang malah berpeluang untuk belajar muzik.Guru muziknya Hirahe San mengajar Ramlee bermain piano, biola dan ukelele. Di Sekolah Latihan Angkatan Laut ini juga Ramlee menjadi guru bagi rekrut pelatih yang baru dan sebagai Kyuco kadet sehingga Jepun menyerah kalah. Ramlee juga diberi peluang menyertai konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun. Sewaktu berada di Sekolah Angkatan Laut Jepun inilah Ramlee berkenalan dengan Sukardi yang kemudian menjadi sahabat karibnya yang sama-sama ikut serta dalam pancaragam dan juga sama-sama ikut berhijrah ke Singapura untuk menerima tawaran kerja di Studio Jalan Ampas.
Dalam bahasa Jepun, Ramlee dapat menguasai bahasa itu sehingga membolehkannya menjadi jurubahasa dan menyanyi lagu-lagu Jepun dengan lancar dan fasih. Pencapaian bahasa Inggerisnya juga agak baik walaupun beliau bukannya seorang yang suka membaca buku. Satu-satunya novel yang pernah dibacanya mengikut cerita dari seorang temannya ialah Athens karya Achdiat K. Miharja. Ramlee suka mencari perubahan dalam kerja-kerja yang dilakukannya seperti menyanyi sampai di hadapan pengantin yang sedang bersanding ketika persembahan kumpulan pancaragam yang disertainya. Perbuatan sebegini belum pernah dibuat orang.
Semasa terlibat dalam kumpulan pancaragam di Pulau Pinang, Ramlee tidak hanya sekadar mahu bersuka-suka bermain muzik dan menyanyi tetapi beliau mempunyai cita-cita yang terpendam di dalam hatinya. Beliau mahu menjadi pemuzik yang terbaik, penyanyi yang terkenal dan pemimpin pancaragam. Berkat usahanya yang bersungguh-sungguh, belajar dan berlatih dengan cita-cita yang tak pernah padam, maka akhirnya Ramlee keluar sebagai Bintang Penyanyi Utara Malaya tempat Ketiga pada tahun 1945. Beliau masih belum berpuas hati. Tahun berikutnya dicubanya lagi dan kali ini beliau mendapat tempat kedua. Pada kali ketiga dalam pertandingan nyanyian tahun 1947 beliau telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Dalam pancaragam yang disertainya, Ramlee cuba mencari perubahan untuk memajukan dirinya dalam bidang muzik. Dari Kumpulan Teruna Sekampung bersama-sama Sukardi, beliau bergabung dengan Pancaragam Mutiara yang bermain muzik di sebuah restoran di Butterworth. Sewaktu diadakan pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai, Ramlee berpindah ke Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia sebagai pemain biola utama. Melalui lagu Keroncong Oh Suci yang dinyanyikannya, pancaragam ini telah keluar sebagai juara dalam pertandingan yang diadakan. Itulah cita-cita pada peringkat pertama.
Setelah tamatnya perang yakni masa remaja P.Ramlee, kerana keadaan masih belum stabil boleh dikatakan hampir kebanyakan murid yang datang ke sekolah nakal-nakal belaka, bukan saja malas tetapi bodoh. Jika kedatangan ada 15 hari dalam sebulan itu sudah dikira satu rekod yang baik. P.Ramlee seorang remaja yang keras hati, suka memonteng sekolah dan tidur di dalam kelas. Beliau suka menarik perhatian guru dan kawan-kawannya dengan kenakalannya itu.
Bidang Muzik
Semasa kecil, bapa Ramlee pernah membelikannya sebuah mendolin gitar dan sebuah violin. Dengan gitar dan violin ini, Ramlee berlatih bermain muzik di rumah 25A Kampung Jawa Baru. Di atas tangga rumah inilah pada suatu hari Ramlee telah mencipta lagu ‘Azizah’ dan’Mee Jawa’’. Semasa bermain dengan Pancaragam Rangkaian Melati tahun 1946, Ramlee mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu keroncong dan mendapat tempat kedua (naib johan) dengan lagu keroncong gubahannya.
Pada awal tahun 1947, Ramlee menganggotai pancaragam Coronation Amateur Party yang kemudiannya diubah nama kepada Pancaragam Teruna Sekampung. Di waktu inilah, Ramlee mula menunjukkan peningkatan bidang seni muziknya dengan bimbingan pemimpin pancaragam Mohd Zain bin Kechik. Berhasrat untuk meningkatkan lagi prestasinya, Ramlee bergabung pula dengan Pancaragam Mustika di Butterworth. Pada setiap malam Sabtu, Ramlee bersama-sama dengan Master Ibrahim akan naik feri untuk pergi berlatih bersama pancaragam itu di Butterworth.
Lagu ‘Azizah’ yang dipersembahkan Ramlee dengan iringan Pancaragam Mustika ketika pertunjukan Pertanian Melayu Di Butterworth Pulau Pinang pada 1 Ogos 1948 ( * 31 Julai 1948) mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh rantau Melayu. Dari situlah Ramlee mendapat tawaran menjadi penyanyi latar untuk filem-filem Malay Film Productions (MFP), Studio Jalan Ampas di Singapura.
Pergaulan
Makanan Kegemaran
P.Ramlee cukup beradab apabila menjamah makanan. Bila habis makan, sebutir nasipun tidak tinggal di pinggan, licin!. Kari ketam adalah kegemarannya nombor satu. Satu lagi makanan yang digemarinya adalah laksa, Cuma yang dimakannya hanya kuah dan sayur-mayurnya sahaja tetapi isi laksa tidak pula dimakannya.
Tan Sri P.Ramlee 1929 - 1973
0 comments:
Post a Comment