this saturday, 28th of November, there will be no rehearsal due to Hari Raya Haji.
but the following week, there will be a rehearsal.

So, please attend the rehearsal because there might be a show during this coming December.

Happy Holidays everyone.

Micheal Jackson
(1958-2009)

This "King of Pop" is a legend. He was once the living legend...but now...no longer. He is a legend in memory, just like other legends such as Elvis Presley or John Lennon. It doesn't matter if he is not an idol to everybody, but we all grow up listening to his music. His moves, his voice, it will always be remembered. Micheal Jackson...you will always be remembered as the legendary "King of Pop", I can't think of a better singer to be named as the King of Pop except you. Rest in Peace...

Micheal Jackson - Black or White (Live)

ATTENTION!!

To all musicians of Orkestra Simfoni Remaja (Youth Symphony Orchestra),
the music camp that was supposed to start next week...
is cancel! Due to lack of budget from Istana Budaya.
Not just the music camp, but also the concert on June 20th and 21st.
However, it is said that the June 20th & 21st concert might be postpone to August
but there is no confirmation about it yet.
So far, our last concert will be at Segi College
See you this Saturday @ 12 noon for rehearsel

Jelajah OSR started on May 9, 2009.
Destination : Ipoh, Johor and Kuantan.
It was a memorable events that none can ever forget
It was fun and exciting
We had fun performing, and we had fun with the activities, but most of all...
we had fun spending time with each other
We are now almost like a really big family.
Some memories....
*please note that not everyone is in the picture...sorry...=S*

IPOH - May 9 & 10, 2009

JOHOR - May 16 & 17, 2009

KUANTAN - May 23 & 24, 2009

Let's just hope this kind of activities will be a regular OSR activities every year =)

Symphony Orchestra or violin is the most popular instruments among the various musical instruments. It is therefore a small part of a large group of instruments that produces great effects while one hears such orchestra. The violin is the smallest of the string instruments but has the highest sound and it is almost three times as many as there are violas or cellos.

The lower string includes the viola that is a bit larger than the violin and very often used in harmony. Sometimes it gets melody but sounds very similar to violin and is tuned one fifth lower. The cello is an octave less than the viola and is played between the knees of the instrumentalist. It is having a mellow sound but doubles the violin's melody very often. The bass is the lowest of the strings and is played standing upright. It has the same strings as the violin but it is in reverse order and several octaves lower.

Except the string instruments, very few people know that what exactly is an orchestra. Woodwind includes the flute, the clarinet, the piccolo, the bassoon, and the oboe. Piccolo is the highest of the woodwinds and is used for solos that are high enough to soar above the orchestra at many times. The flute and clarinet doubles the strings and in the recent times they have more melody. The bassoon is the lowest and is used to add color to the strings at the same time it has a lot of harmony and sometimes double the string parts. Oboe used to be an important part of the orchestra but now it is used very less.

Brass is also an important part of an orchestra and these instruments project quite a bit and are used more often in melodies. French horn is one of the most useful brasses because it easily doubles the rest of the brasses. Trumpet is also well known instrument that is rather high to soar above the orchestra to be heard.

Percussion is also important whereas tympani drum is the most important of all percussion as it provides beat as well as different tones. Snare drums, bass drums, gongs, xylophones, bells, triangles, etc. are also used.

Before you start looking for an instrument, here are some professional tips on how to choose quality instrument without breaking your budget.

Each year, thousands beginning band and orchestra students begin the wonderful pursuit of learning a musical instrument only to be frustrated with a low quality instrument. Unfortunately, some companies produce and sell discount instruments that are such a low quality, students don't have a chance of succeeding in their first year of band or orchestra.

How do you know which instruments are okay for a beginner? It's not easy since poor quality instruments look basically the same to the untrained eye. Their trumpets are just as shinny as better quality instruments and their violins can look beautiful at first glance.

A general rule for band instruments is to check on where it was manufactured. Almost all instruments made in the U.S.A. and Japan are good for beginners. Some quality brands include Artley, Armstrong, Bach, Benge, Blessing, Boosey & Hawkes, Buffet, Bundy, Conn, Emerson, Gem üeinhardt, Getzen, Jupiter, Holton, King, Leblanc, Ludwig, Olds, Pearl, Remo, Selmer, Vito, Yamaha, Yanagisawa and Zildjian.
Most band instruments manufactured in China are of very low quality. It's more difficult to determine the quality of a string instrument since their are a number of smaller makers from all countries who make quality string instruments.
The best method to determine the quality of any instrument is to ask a local school band or orchestra director. They have seen the frustration of beginners who try to learn with a low quality instrument.
In general, beware of instrument that are a lot cheaper than the others. The old buyer's rule is still true. ‘‘You get what you pay for.’’

Clockwise From Left
Conductor: Mdm Mayya Musaeva
Saxophone & Clarinet: Eizaz Azhar
Double Bass: Dahlia Diyana
Violin: Liu-Yi Retallick
Violin: Wong Lu Ee
Trombone: Mustaqim Abdullah

Biodata

Tan Sri Dr. P. Ramlee dilahirkan dengan bakat seni yang besar dan hebat. Perjuangan selama 25 tahun dalam bidang seni membawanya ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai pengusaha filem. Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein berasal dari Butterworth pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.


Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50an dan 60an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Isteri pertama ialah Junaidah Daeng Haris, berkahwin pada tahun 1950 dan bercerai pada tahun 1954. Pada 6 Februari 1955 berkahwin pula dengan Norizan tetapi jodoh mereka berakhir pada tahun 1961. Beberapa bulan selepas itu P.Ramlee berkahwin dengan Saloma pada 21 November 1961 dan jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.

P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga. Pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun, negara dikejutkan dengan kematian seorang seniman bernama P.Ramlee. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.
Kisah Hidup
Sepintas kisah hidup P.Ramlee bermula dari tahun 1939, sewaktu Ramlee di Sekolah Francis Light ketika itu merupakan Sekolah Inggeris terulung di Pulau Pinang dan masih wujud sebagai sekolah rendah kebangsaan pada masa kini. Di sinilah minatnya dalam bidang muzik serta nyanyian dan lakonan mula kelihatan. Ramlee belajar di Sekolah Francis Light ini sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.

Semasa penjajahan Jepun, sepertimana penduduk Pulau Pinang yang lain, hidup di bawah tentera Jepun bukanlah mudah. Pada peringkat awalnya Ramlee ikut bekerja menjadi peon di Eastern Smelting di tempat bapanya bekerja dan menjadi jurubahasa sambilan kepada majikannya. Kerana bimbang ditangkap dan dihantar sebagai buruh keretapi maut, Ramlee mengambil keputusan menyertai Sekolah Tentera Laut Jepun yang dinamakan Kaigun Gakko.

Di sekolah ini bukan sahaja dapat menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang malah berpeluang untuk belajar muzik.Guru muziknya Hirahe San mengajar Ramlee bermain piano, biola dan ukelele. Di Sekolah Latihan Angkatan Laut ini juga Ramlee menjadi guru bagi rekrut pelatih yang baru dan sebagai Kyuco kadet sehingga Jepun menyerah kalah. Ramlee juga diberi peluang menyertai konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun. Sewaktu berada di Sekolah Angkatan Laut Jepun inilah Ramlee berkenalan dengan Sukardi yang kemudian menjadi sahabat karibnya yang sama-sama ikut serta dalam pancaragam dan juga sama-sama ikut berhijrah ke Singapura untuk menerima tawaran kerja di Studio Jalan Ampas.

Dalam bahasa Jepun, Ramlee dapat menguasai bahasa itu sehingga membolehkannya menjadi jurubahasa dan menyanyi lagu-lagu Jepun dengan lancar dan fasih. Pencapaian bahasa Inggerisnya juga agak baik walaupun beliau bukannya seorang yang suka membaca buku. Satu-satunya novel yang pernah dibacanya mengikut cerita dari seorang temannya ialah Athens karya Achdiat K. Miharja. Ramlee suka mencari perubahan dalam kerja-kerja yang dilakukannya seperti menyanyi sampai di hadapan pengantin yang sedang bersanding ketika persembahan kumpulan pancaragam yang disertainya. Perbuatan sebegini belum pernah dibuat orang.

Semasa terlibat dalam kumpulan pancaragam di Pulau Pinang, Ramlee tidak hanya sekadar mahu bersuka-suka bermain muzik dan menyanyi tetapi beliau mempunyai cita-cita yang terpendam di dalam hatinya. Beliau mahu menjadi pemuzik yang terbaik, penyanyi yang terkenal dan pemimpin pancaragam. Berkat usahanya yang bersungguh-sungguh, belajar dan berlatih dengan cita-cita yang tak pernah padam, maka akhirnya Ramlee keluar sebagai Bintang Penyanyi Utara Malaya tempat Ketiga pada tahun 1945. Beliau masih belum berpuas hati. Tahun berikutnya dicubanya lagi dan kali ini beliau mendapat tempat kedua. Pada kali ketiga dalam pertandingan nyanyian tahun 1947 beliau telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Dalam pancaragam yang disertainya, Ramlee cuba mencari perubahan untuk memajukan dirinya dalam bidang muzik. Dari Kumpulan Teruna Sekampung bersama-sama Sukardi, beliau bergabung dengan Pancaragam Mutiara yang bermain muzik di sebuah restoran di Butterworth. Sewaktu diadakan pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai, Ramlee berpindah ke Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia sebagai pemain biola utama. Melalui lagu Keroncong Oh Suci yang dinyanyikannya, pancaragam ini telah keluar sebagai juara dalam pertandingan yang diadakan. Itulah cita-cita pada peringkat pertama.

Setelah tamatnya perang yakni masa remaja P.Ramlee, kerana keadaan masih belum stabil boleh dikatakan hampir kebanyakan murid yang datang ke sekolah nakal-nakal belaka, bukan saja malas tetapi bodoh. Jika kedatangan ada 15 hari dalam sebulan itu sudah dikira satu rekod yang baik. P.Ramlee seorang remaja yang keras hati, suka memonteng sekolah dan tidur di dalam kelas. Beliau suka menarik perhatian guru dan kawan-kawannya dengan kenakalannya itu.

Bidang Muzik

Semasa kecil, bapa Ramlee pernah membelikannya sebuah mendolin gitar dan sebuah violin. Dengan gitar dan violin ini, Ramlee berlatih bermain muzik di rumah 25A Kampung Jawa Baru. Di atas tangga rumah inilah pada suatu hari Ramlee telah mencipta lagu ‘Azizah’ dan’Mee Jawa’’. Semasa bermain dengan Pancaragam Rangkaian Melati tahun 1946, Ramlee mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian lagu keroncong dan mendapat tempat kedua (naib johan) dengan lagu keroncong gubahannya.

Pada awal tahun 1947, Ramlee menganggotai pancaragam Coronation Amateur Party yang kemudiannya diubah nama kepada Pancaragam Teruna Sekampung. Di waktu inilah, Ramlee mula menunjukkan peningkatan bidang seni muziknya dengan bimbingan pemimpin pancaragam Mohd Zain bin Kechik. Berhasrat untuk meningkatkan lagi prestasinya, Ramlee bergabung pula dengan Pancaragam Mustika di Butterworth. Pada setiap malam Sabtu, Ramlee bersama-sama dengan Master Ibrahim akan naik feri untuk pergi berlatih bersama pancaragam itu di Butterworth.

Lagu ‘Azizah’ yang dipersembahkan Ramlee dengan iringan Pancaragam Mustika ketika pertunjukan Pertanian Melayu Di Butterworth Pulau Pinang pada 1 Ogos 1948 ( * 31 Julai 1948) mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh rantau Melayu. Dari situlah Ramlee mendapat tawaran menjadi penyanyi latar untuk filem-filem Malay Film Productions (MFP), Studio Jalan Ampas di Singapura.

Pergaulan

Semasa hayatnya, Ramlee adalah seorang yang berperibadian mulia dan bertatasusila tinggi. Beliau sangat menghormati guru-gurunya sungguhpun ada kenakalan semasa belajar., menghormati orang-orang tua, pemimpin, rakan-rakan, tidak kira buruh, penarik beca mahupun aci jual bawang. Semuanya dianggap Ramlee senagai kawan rapat. Salah seorang daripada gurunya yang menjadi kawan rapatnya ialah Cikgu Mohd Noor Ishak ( Allahyarham Cikgu Mohd Noor Tarzan) yang mesti ditemui Ramlee jika melawat Pulau Pinang. Allahyarham Cikgu Mohd Noor Ishak adalah guru Ramlee semasa bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan dialah yang menjadi penghubung (penjinak) untuk membawa Ramlee mengadakan persembahan tiap-tiap tahun di Pesta UMNO Pulau Pinang di tahun-tahun 60-an dan 70-an.

Ramlee seorang yang tidak malu untuk mendapatkan sesuatu agar cita-citanya tercapai. Beliau akan menangis seperti anak kecil apabila kawan-kawannya dalam pancaragam di Pulau Pinang terlupa untuk mengajaknya ikut bersama dalam persembahan di majlis-majlis perkahwinan. Pada masa itu beliau belum lagi tahu bermain alat-alat muzik. Beliau hanya mahu melibatkan dirinya dalam aktiviti pancaragam yang disertainya walaupun hanya sebagai tukang angkat alat-alat pancaragam. Dengan hanya bertindak sebagai tukang angkat alat-alat muzik, Ramlee sudah merasakan dirinya seolah-olah sudah bermain muzik. Ramlee hanya dapat dan tahu bermain alat-alat muzik seperti piano, biola dan ukelele setelah berguru dengan Hirahe San ketika beliau mengikut Sekolah Angkatan Tentera Laut Jepun. Sejak daripada itu, tiap-tiap malam kemana saja beliau pergi dibawanya biola bersama-samanya.

Makanan Kegemaran

P.Ramlee cukup beradab apabila menjamah makanan. Bila habis makan, sebutir nasipun tidak tinggal di pinggan, licin!. Kari ketam adalah kegemarannya nombor satu. Satu lagi makanan yang digemarinya adalah laksa, Cuma yang dimakannya hanya kuah dan sayur-mayurnya sahaja tetapi isi laksa tidak pula dimakannya.

Tan Sri P.Ramlee 1929 - 1973

Raja pencipta muzik Ludwig van Beethoven lahir tahun 1770 di kota Bonn, Jerman. Zaman kanak-kanaknya jelas berputik bakat muzik yang luar biasa dan buku muzik ciptaannya muncul buat pertama kali tahun 1783.

Di usia remaja dia berkunjung ke Wina dan diperkenalkan kepada Mozart untuk kali pertama. Tahun 1792 Beethoven kembali ke Wina dan dia belajar muzik dengan Haydn, pencipta muzik Wina termasyhur diwaktu itu (Mozart mati setahun sebelumnya). Beethoven menetap di Wina, kota kemasyhuran muzik sepanjang hidupnya.

Beethoven, pemain piano yang memukau setiap pendengamya selaku pemuzik maupun sebagai guru. Beliau juga menjadi pencipta muzik yang produktif . Karyanya mendapat sambutan baik. Sejak umur pertengahan dua puluhan ke atas, dia sudah mula menerbit dan menjual buku ciptaan muziknya.

Ketika Beethoven berumur di akhir dua puluhan, tanda-tanda kurang pendengaran mula dikesan. Tanda-tanda gejala ini amat merisaukan komposer muda ini. Kecacatan ini membuatkan beliau merasakan ianya betul-betul suatu malapetaka. Suatu ketika timbul keinginannya untuk membunuh diri saja.

Tahun-tahun antara 1802-1815 dianggap waktu pertengahan karier Beethoven. Pada masa itu, akibat kelemahan pendengarannya yang semakin teruk, dia mula menjauhkan dari pergaulan masyarakat. Kemurungannya ini mengakibatkan masyarakat mempercayai bahwa Beethoven anti manusia, anti masyarakat dan benci bergaul.

Dia juga kerap mengalami saat-saat manis dalam percintaan dengan gadis-gadis muda tetapi semua hubungan tidak kesampaian dan beliau akhirnya tidak pernah beristeri.

Karya muzik Beethoven sendiri terpengaruh oleh keadaan dan sikapnya namun beliau sangat produktif. Tahun demi tahun berlalu namun perhatian yang diterima semakin menyusut berbanding kemasyhurannya sebagai seorang komposer di zaman itu. Kejayaan sebagai pengkarya muzik berterusan dalam penghasilannya dengan ciptaan unik.

Pada usia empat puluhan Beethoven menjadi pekak sepenuhnya . Akibat itu, beliau tidak pernah lagi tampil di khalayak dan semakin menjauhi masyarakat. Hasil karyanya semakin sedikit dan semakin susah di fahami. Sejak itu dia mencipta terutama untuk dirinya sendiri dan beberapa pendengar yang punya ideal masa depan.

Dia pernah katakan kepada seorang pengkritik muzik, “Ciptaanku ini bukanlah untukmu tetapi untuk masa sesudahmu.”

Dia meninggal dunia di Wina tahun 1827 pada usia 57 tahun. Karya Beethoven yang banyak itu termasuk 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian kuartet gesekan yang menakjubkan, musik vokal, musik teater, dan banyak lagi. Tetapi, yang lebih penting dari jumlah ciptaannya adalah dari sudut kualitinya.

Karyanya merupakan kombinasi luar biasa dari kedalaman perasaan dengan kesempurnaan tata rencana. Beethoven memperagakan muzik instrumental tidak lagi dianggap cuma punya nilai seni tahap ke dua. Ini dibuktikan dari komposisi yang disusunnya yang telah mengangkat muzik instrumental itu ke tingkat nilai seni yang amat tinggi.

Beethoven benar-benar seorang pencipta ulung dan asli. Banyak perubahan dilakukan dan diperkenalkan mempunyai pengaruh yang abadi. Dia memperluas ukuran sebuah orkestra. Dia menambah panjangnya simfoni dan memperluas daya jangkauan. Dengan mendemonstrasi kemungkinan yang hampir tak terbatas dihasilkan oleh piano, dia membantu menjadikan piano itu instrumen muzik yang paling terkemuka.

Beethoven membuka babak transisi dari muzik klasik ke muzik bergaya romantik dan karyanya merupakan sumber ilham untuk gaya romantik. Dia menanamkan daya pengaruh yang menerjah pada diri komposer-komposer yang muncul sebelumnya termasuk tokoh-tokoh yang memiliki gaya berbeza seperti Brahms, Wagner, Schubert dan Tchaikovsky. Dia juga merintis jalan buat Berlioz, Gustav Mahler, Richard Strauss dan ramai lagi selainnya.

LUDWIG VAN BEETHOVEN 1770-1827

To all OSR members,

Please note the following rehearsal schedule as follows:

4th April, 2009 - 3pm to 6pm
11th April, 2009 - 3pm to 6pm
18th April, 2009 - 3pm to 6pm
25th April, 2009 - 3pm to 6pm
26th April, 2009 - 3pm to 6pm & 7pm to 10pm (2 session in a day)

Kindly make yourself available for our group to be ready for performance as planned.

Salam Sejahtera kepada pelawat blog OSR.
Sekian lama blog ini tidak di kemaskini dengan maklumat terbaru berkenaan OSR. Untuk makluman, pihak kami akan mendapatkan maklum balas dan kerjasama ahli untuk menambahbaik isi kandungan blog ini dari masa ke masa supaya pelawat mendapat menafaat dari maklumat yang dipaparkan.

PERHATIAN!!! - Konsert Jelajah OSR

2hb May, 2009 - Lapangan "Outdoor Theme Park" Genting Highland
Antara lagu-lagu dimainkan;
STAR WARS-Main Theme, STAR TREK- Through The Years, JURASSIC PARK, PHANTOM OF THE OPERA, WEST SIDE STORY, SOUND OF MUSIC, JAMES HORNER: Hollywood Blockbusters, MUSIC SPECTACULAR-Batman Theme,Dancing with Wolves, Robin Hood

9hb May, 2009 - Bandaraya Ipoh, Perak

16hb May, 2009 - Bandaraya Bersejarah Melaka

23hb May, 2009 - Bandar Kuantan, Pahang

6hb Jun, 2009 - Kolej SEGi, Kota Damansara

OSR MUSIC CAMP

8hb - 14hb Jun, 2009 - Lokasi akan di maklumkan

KONSERT OSR

20hb - 21hb Jun, 2009 - Panggung Sari, Istana Budaya

To all OSR members, players and parents,

This year will be a very active year for the orchestra as we have planned out a lot of interesting activities and performances - at least should everything go according as planned. In order to make these activities happen we require people to attend the activities or else the really will be nothing much to do, be it an outing, show or even rehearsals.

Mdm Mayya has kindly requested all members to turn up the level of responsibility as she will be keeping a close eye on member attendance and attitude from now on. If anyone needs more information you can feel free to contact these numbers directly;

Eizaz (clarinet) - +60173616565
Mama Treble Clef Studio - +60395432201 (ask for Eizaz)

Thank you!

Attention all OSR members - our next practice session which involves the whole orchestra will be on the 10th of January 2009, next Saturday with Dr Ota.

Well, on another note 2008 has come and go, so here's wishing all OSR members a great 2009 - may all your wishes and aspirations come true!

Catch you at the next rehearsal...