Raja pencipta muzik Ludwig van Beethoven lahir tahun 1770 di kota Bonn, Jerman. Zaman kanak-kanaknya jelas berputik bakat muzik yang luar biasa dan buku muzik ciptaannya muncul buat pertama kali tahun 1783.

Di usia remaja dia berkunjung ke Wina dan diperkenalkan kepada Mozart untuk kali pertama. Tahun 1792 Beethoven kembali ke Wina dan dia belajar muzik dengan Haydn, pencipta muzik Wina termasyhur diwaktu itu (Mozart mati setahun sebelumnya). Beethoven menetap di Wina, kota kemasyhuran muzik sepanjang hidupnya.

Beethoven, pemain piano yang memukau setiap pendengamya selaku pemuzik maupun sebagai guru. Beliau juga menjadi pencipta muzik yang produktif . Karyanya mendapat sambutan baik. Sejak umur pertengahan dua puluhan ke atas, dia sudah mula menerbit dan menjual buku ciptaan muziknya.

Ketika Beethoven berumur di akhir dua puluhan, tanda-tanda kurang pendengaran mula dikesan. Tanda-tanda gejala ini amat merisaukan komposer muda ini. Kecacatan ini membuatkan beliau merasakan ianya betul-betul suatu malapetaka. Suatu ketika timbul keinginannya untuk membunuh diri saja.

Tahun-tahun antara 1802-1815 dianggap waktu pertengahan karier Beethoven. Pada masa itu, akibat kelemahan pendengarannya yang semakin teruk, dia mula menjauhkan dari pergaulan masyarakat. Kemurungannya ini mengakibatkan masyarakat mempercayai bahwa Beethoven anti manusia, anti masyarakat dan benci bergaul.

Dia juga kerap mengalami saat-saat manis dalam percintaan dengan gadis-gadis muda tetapi semua hubungan tidak kesampaian dan beliau akhirnya tidak pernah beristeri.

Karya muzik Beethoven sendiri terpengaruh oleh keadaan dan sikapnya namun beliau sangat produktif. Tahun demi tahun berlalu namun perhatian yang diterima semakin menyusut berbanding kemasyhurannya sebagai seorang komposer di zaman itu. Kejayaan sebagai pengkarya muzik berterusan dalam penghasilannya dengan ciptaan unik.

Pada usia empat puluhan Beethoven menjadi pekak sepenuhnya . Akibat itu, beliau tidak pernah lagi tampil di khalayak dan semakin menjauhi masyarakat. Hasil karyanya semakin sedikit dan semakin susah di fahami. Sejak itu dia mencipta terutama untuk dirinya sendiri dan beberapa pendengar yang punya ideal masa depan.

Dia pernah katakan kepada seorang pengkritik muzik, “Ciptaanku ini bukanlah untukmu tetapi untuk masa sesudahmu.”

Dia meninggal dunia di Wina tahun 1827 pada usia 57 tahun. Karya Beethoven yang banyak itu termasuk 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian kuartet gesekan yang menakjubkan, musik vokal, musik teater, dan banyak lagi. Tetapi, yang lebih penting dari jumlah ciptaannya adalah dari sudut kualitinya.

Karyanya merupakan kombinasi luar biasa dari kedalaman perasaan dengan kesempurnaan tata rencana. Beethoven memperagakan muzik instrumental tidak lagi dianggap cuma punya nilai seni tahap ke dua. Ini dibuktikan dari komposisi yang disusunnya yang telah mengangkat muzik instrumental itu ke tingkat nilai seni yang amat tinggi.

Beethoven benar-benar seorang pencipta ulung dan asli. Banyak perubahan dilakukan dan diperkenalkan mempunyai pengaruh yang abadi. Dia memperluas ukuran sebuah orkestra. Dia menambah panjangnya simfoni dan memperluas daya jangkauan. Dengan mendemonstrasi kemungkinan yang hampir tak terbatas dihasilkan oleh piano, dia membantu menjadikan piano itu instrumen muzik yang paling terkemuka.

Beethoven membuka babak transisi dari muzik klasik ke muzik bergaya romantik dan karyanya merupakan sumber ilham untuk gaya romantik. Dia menanamkan daya pengaruh yang menerjah pada diri komposer-komposer yang muncul sebelumnya termasuk tokoh-tokoh yang memiliki gaya berbeza seperti Brahms, Wagner, Schubert dan Tchaikovsky. Dia juga merintis jalan buat Berlioz, Gustav Mahler, Richard Strauss dan ramai lagi selainnya.

LUDWIG VAN BEETHOVEN 1770-1827

0 comments: