Pecahan sejarah penggubahan muzik klasikal adalah seperti berikut:-
Lagu purba – Muzik yang wujud sebelum tahun 476, iaitu pada ketika zaman kejatuhan empayar Rom. Kebanyakan muzik era tersebut yang wujud hari ini dari adalah dari greek purba.
Lagu purba – Muzik yang wujud sebelum tahun 476, iaitu pada ketika zaman kejatuhan empayar Rom. Kebanyakan muzik era tersebut yang wujud hari ini dari adalah dari greek purba.
Muzik era pertengahan – Secara umumnya muncul pada sebelum tahun 1450. Canta monofonik, yang juga dipanggil “plain song” atau canta Gregory, berkembang di sebelah barat dan tengah Eropah pada abad ke-9 dan ke-10. Muzik polifonik (berbilang suara) kemudiannya berkembang dari canta monofonik dari penghujung era pertengahan hingga ke zaman pembaharuan.
Muzik era pembaharuan - Pada sekitar tahun 1450 – 1600; digambarkan sebagai zaman kebangkitan dalam penggunaan instrumen-instrumen muzik dan baris melodi berganda; juga penggunaan alatan muzik bes buat pertama kalinya.
Muzik era barok – Pada sekitar 1600 – 1750; dipelopori oleh penggunan tonal kompleks daripada penggunaan modal, penambahan kaunterpoin dan meningkatkan populariti penggunaan muzik papan kunci seperti alat muzik hapsikord dan organ paip.
Muzik era klasikal - Pada 1750 – 1820; adalah era muzik terpenting yang melahirkan banyak gubahan-gubahan muzik, gaya dan persembahan yang dterima hingga ke hari ini. Era muzik klasikal juga menandakan pengakhiran zaman penggunaan alat muzik hapsikord dan klavikord; digantikan dengan piano yang menjadi alat muzik terpenting untuk gubahan yang kekal sehingga kini.
Muzik era romantis - Pada 1820 – 1910; adalah era di mana amalan-amalan muzik disusun dengan lebih teliti dan lebih sistematik. Peranan muzik juga dikembangkan di dalam budaya hidup dan juga dengan kewujudan institusi-institusi muzik untuk mengekalkan seni kerja muzik dan persembahanan, di samping kelas-kelas pembelajaran muzik. Pada era ini juga, tumpuan lebih banyak diberikan kepada ritma dan melodi; begitu juga elemen-elemen ekspresif dan emosi, selaras dengan idea romantisisme di dalam bentuk seni yang lain.
Muzik impresionisme - Pada 1910-1920; adalah zaman di mana penggubah-penggubah Perancis menggubah dan melahirkan seni yang bertentangan dengan tradisi muzik dan seni Jerman. Seni mereka dibentuk dari aritmia, skala pentatonic, nada panjang, frasa aliran dan penggunaan instrumen bras sebagai bahagian utama untuk penghasilan corak muzik berbanding dengan penggunaan instrumen bertali.
Muzik moden - Dari 1905-1985; adalah era muzik yang agak kompleks di mana terdapat krisis di dalam nilai seni muzik klasikal dan peranannya di dalam kehidupan masakini di mana para pendengar dan pemuzik telah menjadi lebih cerdik pandai, begitu juga dengan lanjutan dari segi teknik dan teori. Soarang ahli teori, Arnold Schoenberg, di dalam esei beliau "Brahms the Progressive," menegaskan bahawa modenisme melambangkan penolakan atau impak negatif di dalam kaedah penggubahan muzik klasikal.
Muzik klasikal abad ke-20 - Biasanya dikenali sebagai era muzik yang mana terdapat pilihan yang lebih besar untuk corak lama era muzik romantis sehingga ke tahun 1999, termasuk penggubahan muzik di akhir era romantis, era muzik moden dan di permulaan era muzik moden.
Istilah muzik kontemporari - Sesekala digunakan untuk muzik-muzik yang digubah pada lewat kurun yang ke-20 hingga ke hari ini. Namun perbezaannya dinyatakan di dalam kumpulan-kumpulan "genre" yang berlainan.
Kata awalan “Neo” (Neoklasisme) digunakan untuk menjelaskan gubahan-gubahan muzik abad ke-20 atau gubahan muzik kontemporari yang menggunakan cara era-era klasikal, romantis atau moden. Igor Staravinsky melalui drama balet “Pulcinella” dipanggil sebagai gubahan "neoklasisme".
0 comments:
Post a Comment