Petikan Majalah Pentas Edisi Mei & Jun 08
Sdr. Mustafa Fuzer (Konduktor OSK) sebagai berkata;
"Perkara pertama yang ingin saya nyatakan adalah kita kekurangan pemuzik tempatan yang layak bagi mengisi kekosongan ahli muzik orkestra. Bukan sahaja kekurangan ahli muzik tetapi juga tenaga kerja yang berpengalaman di bahagian pengurusan orkestra.
Perkara ini amat meruncing apabila melihat kepada beberapa sesi ujibakat yang dilakukan di seluruh negara sebelum ini, kebanyakan pemohon pemuzik OSK tidak menepati syarat yang diperlukan dan gagal. Ada yang hadir tidak faham keperluan alat muzik orkestra, sebagai contoh ada pemohon membawa gitar bagi sesi ujibakat tersebut. Ada juga membawa alat yang betul tetapi tidak mampu bermain concerto, tidak ada pengalaman bermain didalam orkestra simfoni dan lemah membaca notasi yang diberikan semasa ujibakat.
Kelemahan ini berpunca dari kelemahan sistem pembelajaran di IPT atau kelemahan guru serta kekurangan pendedahan kepada sistem atau konsep simfoni orkestra itu sendiri. Walaupun ada beberapa IPT tempatan yang menawarkan kursus bidang muzik, namun graduan dihasilkan tidak menepati mutu ahli muzik yang diperlukan oleh sebuah orkestra simfoni. Kursus-kursus muzik yang ditawarkan IPT tidak ada yang menjurus khas kepada pembentukan atau menghasilkan graduan yang mampu bermain untuk orkestra simfoni, malah tidak ada sebuahpun universiti tempatan punyai Orkestra Simfoni yang lengkap dengan alat-alat simfoni.
Perancangan pendidikan muzik juga dilakukan pada tahap agak lewat iaitu selepas SPM, sewaktu mula masuk IPT. Pembelajaran pula pelbagai dan tak mungkin dalam masa tiga (3) hingga empat(4) tahun pelajar tersebut mampu mempelajari semua perkara dengan sempurna. (Kebanyakkan yang berkebolehan dan menjadi ahli orkestra samada OSK atau OSR mula belajar bermain muzik seawal umur 5 tahun).
Masalah terbesar ketika ini adalah sistem pendidikan muzik yang masih jauh ketinggalan terutama dalam menghasilkan graduan muzik orkestra simfoni bertaraf antarabangsa. Kebanyakan guru alat muzik orkestra simfoni yang ada ketika ini samada di IPT atau pusat muzik swasta belum layak mengajar walaupun dalam peringkat asas bermain orkestra, sedangkan pada peringkat inilah pelajar harus diberikan maklumat dan latihan yang betul.
Tiada bentuk kerjasama antara IPT maupun swasta dengan orkestra diiktiraf dalam malaysia untuk merangka sistem pembelajaran dan juga tenaga pengajar yang sesuai - terlatih dan layak. Sudah terbukti keperluan mendesak ini perlu tindakan drastik kerana ternyata untuk menghasilkan seorang ahli muzik orkestra simfoni mestilah melalui proses yang lama (14-15 tahun). OSK sudah berusia 14 tahun, tetapi masih tidak mampu mengisi keperluan pemuzik secara menyeluruh" .
Demikian ulasan, Sdr. Mustafa Fuzer - Penasihat OSR
Administrator; Begitupun, ahli-ahli OSR masih kabur menilai kaca atau berlian, Pentadbiran Istana Budaya sedia beri ruang persembahan seberapa banyak yang diperlukan oleh OSR. Sokongan serta galakan dari bentuk apa saja, tenaga pengajar professional yang dedikasi dan pelbagai peluang tersedia untuk menimba ilmu orkestra telah tersedia dan anda berada di tempat yang tepat...whatelse do you want, pls say it..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment