MUSTAFA FUZER NAWI - nama yang tidak asing di ISTANA BUDAYA, seorang Konduktor dan Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK)-(NSO).
2. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Hochschule Fuer Muzik Und Theatre Hannover, Jerman. Performer dalam bidang violin, Concert Master NSO (1993-1997).
3. Pada 1997-1999 meneruskan pengajian ijazah lanjutan dalam bidang Conducting (Orchestral Conducting & Choral Conducting) di Conservatorium Van De Hogelschool Enschede, Holland.
4. Katanya...,
"Sesebuah orkestra simfoni yang bermutu tinggi, ada 5 perkara utama perlu dinilai iaitu Konduktor, Pemuzik, Repetoire, Pengurusan dan Dewan Persembahan."
"Sebuah orkestra yang diiktiraf peringkat antarabangsa selalunya diterajui oleh seorang konduktor terkenal di industri muzik dan pengalaman luas dalam muzik klasik serta lulusan muzik taraf tinggi"
"Pemuzik sesebuah orkestra simfoni biasanya dipilih melalui sesi ujibakat terbuka untuk mencari
bakat yang punyai mutu permainan dan bakal menentukan taraf sesebuah orkestra"
"Program Asuhan Seni - OSR (PPM - Pusat Pemuzik Muda) menghasilkan ramai pemuzik muda berkemampuan dan ada yang berjaya mendapat tempat di IPTA, IPTS tempatan dan luar negara selain diserapkan dalam OSK dan MPYO atau menjadi guru muzik. Saya sendiri lahir hasil dari program tersebut bermula tahun 70an."
"Cabaran utama OSK adalah mengisi kekosongan ahli muzik OSK yang berkelayakan. Setakat ini masih terdapat 34 jumlah kekosongan jawatan Pemuzik OSK diperlukan bagi yang benar-benar layak....!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment