Tahukah anda- Orkestra, muzik di tahap yang tinggi. Ia merangkumi lebih 40 peralatan muzik. Pemuzik orkestra pula maksimum antara 110 hingga 120 orang, manakala minimum sekitar 60 hingga 70 orang.
Ada banyak kategori orkestra, dari sekecil quartet yang merangkumi satu biola, dua violin, satu first violin dan satu cello. Ada juga wind quartet, sehinggalah kepada brass band, big band dan ensemble. Alat muzik yang menduduki carta orkestra ialah flute hinggalah kepada contra bass (paling bawah).
Dari 'orchestrator' sampai kepada penyalin skor muzik seterusnya kepada konduktor dan terakhirnya ialah pemuzik adalah satu organisasi yang bijak. Mulanya muzik orkestra adalah dari 'orchestrator' yang mengubah dan menyusun muzik orkestra. Orchestrator seorang yang penting dan semestinya bijak. Kenapa begitu..,bayangkan kalau anda mendengar muzik orkestra, terutama-seperti contoh skor muzik filem 'Star Wars'. Nama hebat seperti 'John Williams' dan Michael Carmen. Dari syahdunya muzik itu buatkan kita rasa takut atau apa jua rasa. Orchestrator mendampingi kita dengan muzik yang mereka ilhamkan.
Kerjanya amat rumit. Bayangkan dalam orkestra itu ada lebih 40 peralatan muzik dan ribuan notasi. Sungguh terperinci kesyahduan gesekan biola dengan wind,brasses dan percussion. Ia satu kerja menuntut bakat yang dianugerahkan tuhan untuk menghasilkan muzik seumpamanya. Kalau nak belajarpun, dia memerlukan masa berpuluh tahun!
Itu kerja orchestrator, tapi untuk pemuzik orkestra, mereka tidak ada masaalah memainkan apa saja muzik yang ditulis bergantung kepada kepakaran seseorang pemuzik. Tugas yang paling akhir ialah di tangan konduktor. Konduktor yang berpengalaman akan mengetahui apa yang dikehendaki orchestrator. Kerjasama antara konduktor dan pemuzik adalah sangat penting.
Orkestra adalah muzik paling mencabar yang mengiktiraf pencapaian anda sendiri dalam dunia muzik yang anda ceburi. Kedudukan orkestra adalah paling atas dalam hal ehwal muzik. Kalau anda tidak iktiraf bermakna anda tidak iktiraf diri anda sendiri. Pemuzik orkestra seharusnya berkebolehan cemerlang dari segi apa saja.
Anda bebas memilih cita rasa muzik seperti rock, balada, R&B atau sebagainya, tapi kenalilah muzik orkestra kerana ia tertinggi. Sekalipun anda masuk universiti dan ingin menjadi pemuzik 'conservertory', anda masih perlu menjalani ujian ketat..
0 comments:
Post a Comment